Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Pimpinan melalui tauladan

Tiada alasan untuk tidak mengerjakan solat di manapun anda berada kecuali dalam keadaan uzur syarie yang dibenarkan. - RnR: Gambang > Pimpinan melalui tauladan Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim  -   >> Ketika kami dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, sempat singgah untuk berhenti rehat di R&R Gambang seketika. Waktu ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 masih berkuatkuasa di seluruh negara.  Justeru, kedai-kedai makan masih ditutup. Kami berhenti untuk menunaikan Solat Asar di sebuah ‘Wakaf’ atau bangku rehat yang terdapat di R&R Gambang.  YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sendiri tidak memilih tempat untuk menunaikan Solat tersebut. Jadi tiada alasan untuk kita dan sesiapa sahaja tidak mengerjakan Solat di manapun kita berada kecuali dalam keadaan uzur syarie yang dibenarkan. Sebab ibadah Solat atau Sembahyang merupakan ‘tiang’ Agama kepada setiap

Saman Sang Kelembai RM150 juta

 KUALA LUMPUR - Pengasas syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd memfailkan saman menuntut ganti rugi RM150 juta terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Zaharin Mohd Yasin juga dikenali sebagai Sang Kelembai yang didakwa menerbitkan kenyataan memfitnah membabitkan isu kartel daging import tidak halal. Rahman Sheikh Abdullah, 45, dan isterinya, Raihanah Kasim, 43, yang juga Pengarah Raihanah Cold Storage serta syarikat itu selaku plaintif pertama hingga ketiga memfailkan saman menerusi Tetuan JS Pillay & Mohd Haaziq di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 Januari lepas dengan menamakan Abd Zarin Mohd Yasin, 69, sebagai defendan tunggal. Peguam, Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah, ketika dihubungi pemberita berkata, tarikh 26 Februari ditetapkan sebagai pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli. Penyataan tuntutan plaintif mendakwa defendan telah membuat, menyiarkan dan menerbitkan satu kenyataan fitnah dalam akaun Facebook

Tahniah kepada Penerima Darjah Kebesaran Wilayah Persekutuan 2021

 Seramai lima menteri dan sembilan timbalan menteri menerima darjah kebesaran sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini. Mendahului senarai adalah Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dianugerahkan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW), yang membawa gelaran "Datuk Seri Utama". Manakala Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW), yang membawa gelaran "Datuk Seri". Menteri Pendidikan, Radzi Jidin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pula menerima Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran "Datuk". Sembilan timbalan menteri yang menerima darjah kebesaran adalah seperti berikut: 1. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Santhara Kumar 2. Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju 3. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi,

Tahniah kepada Penerima Darjah Kebesaran Wilayah Persekutuan 2021

  Tahniah kepada Penerima Darjah Kebesaran Wilayah Persekutuan 2021 Semoga penerimaan anugerah ini menjadi pemacu kepada YB Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri terus berkhidmat kepada rakyat. #PemudaPAS    #MemimpinNegara

Aktiviti Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu

 [ Aktiviti Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu ] Program ketiga, Pusat Khidmat Masyrakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu adalah meninjau cadangan bagi membina sebuah kediaman baharu ibu tunggal, Puan Rohana Muda, 57, di Kampung Ketapang, Chendering, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Kuala Terengganu. Pegawai Perhubungan dan Hal Ehwal Masyarakat, Zulkifli Wahab dan Pembantu Khas (Parlimen) DUN Batu Buruk, Tuan Ngah Tuan Ahmad mewakili Ahli Parlimen Kuala Terengganu, yang kini berada di Kuala Lumpur atas urusan tugasnya sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Rumah pusaka berusia 50 tahun itu kini sangat teruk kerosakan struktur rumahnya akibat dimakan anai-anai.  Sehubungan itu, Pejabat Parlimen Kuala Terengganu dengan kerjasama Pejabat DUN Batu Buruk, telah mendapat peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (PKLB) bagi menyiapkan sebuah rumah baharu kepada Puan Rohana. Dimaklumkan, agen pelaksana bagi menyiapkan sebuah rumah berharga RM4

Aktiviti Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu

 HARI ini, 31 Januari: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Kuala Terengganu, yang membuka Pusat Pengumpulan Barangan dan Sumbangan untuk diagihkan kepada golongan terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, menerima sumbangan barangan daripada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pemilik Pacuan Empat Roda Kuala Terengganu (LASAK), telah menyerahkan sejumlah barangan keperluan dapur di Pejabat PKM Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Sumbangan itu diserahkan oleh Pengerusi LASAK, Mohd Azrin Mohd Aris kepada Setiausaha Pejabat PKM Ahli Parlimennya, Muhamad Safwan Ghani dan disaksikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Syed Ali Al-Idrus. Antara barangan yang disumbangkan seperti 280 pax bihun, 280 kilogram tepung gandum, 280 kilogram gula dan 200 botol minyak masak (1 kilogram). #PATUHI SOP, KITA JAGA KITA# || Media Parlimen Kuala Terengganu ||

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku. Semoga Allah SWT meredhai dan merahmati pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

SEGMEN EKSKLUSIF : TERENGGANU PERINTIS MARITIM ANTARABANGSA

 Jika saya dan anak-anak Terengganu duduk 'berangan' suatu hari nanti negeri tumpah darah kita jadi negeri maju, tumpuan pelancong dengan tempat-tempat menarik yang dilengkapkan dengan kemudahan bertaraf dunia, dengan profesionalisma anak tempatan yang bekerja begitu cekap, berwibawa, peramah, budiman dengan nilai Islam dan ketimuran yang tinggi. Jika saya dan anak-anak Terengganu 'berangan' industri petroleum negara tidak lagi ditadbir dari Kuala Lumpur tetapi di Kuala Terengganu. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud sibuk dengan usahawan usahawan tempatan dan antarabangsa turun ke Terengganu untuk urusan tender, juruperunding, pembekal-pembekal, logistik, dan penyedia perkhidmatan kerana semua urusan pentadbiran industri petroleum digazetkan dinegeri pengeluar petroleum. Dengan Pameran Antarabangsa Tahunan atau Dwi Tahunan Setaraf LIMA di Langkawi yang fokus kepada Industri Maritim dan Petroleum beserta Persidangan Antarabangsa yang berkaitan. Industri Maritim

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2021

 Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2021 buat semua warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Wilayah Persekutuan, Wilayah Prihatin  . #mosti #hariwilayah