Skip to main content

SEGMEN EKSKLUSIF : TERENGGANU PERINTIS MARITIM ANTARABANGSA

 Jika saya dan anak-anak Terengganu duduk 'berangan' suatu hari nanti negeri tumpah darah kita jadi negeri maju, tumpuan pelancong dengan tempat-tempat menarik yang dilengkapkan dengan kemudahan bertaraf dunia, dengan profesionalisma anak tempatan yang bekerja begitu cekap, berwibawa, peramah, budiman dengan nilai Islam dan ketimuran yang tinggi.

Jika saya dan anak-anak Terengganu 'berangan' industri petroleum negara tidak lagi ditadbir dari Kuala Lumpur tetapi di Kuala Terengganu. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud sibuk dengan usahawan usahawan tempatan dan antarabangsa turun ke Terengganu untuk urusan tender, juruperunding, pembekal-pembekal, logistik, dan penyedia perkhidmatan kerana semua urusan pentadbiran industri petroleum digazetkan dinegeri pengeluar petroleum.

Dengan Pameran Antarabangsa Tahunan atau Dwi Tahunan Setaraf LIMA di Langkawi yang fokus kepada Industri Maritim dan Petroleum beserta Persidangan Antarabangsa yang berkaitan. Industri Maritim boleh fokus segmen  perkapalan kelas sederhana seperti Kapal-Kapal Pengawasan Perairan Malaysia, Kapal-Kapal Sokongan Industri Petroleum dan Industri Perikanan Moden.

Bagaimana pula jika kerajaan boleh diyakinkan supaya menggabungkan kepakaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang sudahpun punyai Fakulti Pembinaan dan Pembaikan Kapal serta Industri Pembinaan Kapal di pantai timur supaya perancangan pembinaan kapal kapal induk baru Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dipusatkan di Terengganu seperti model pembangunan industri maritim di Lumut, Perak dimana Kementerian Pertahanan telah berbelanja RM7 Billion untuk projek Offshore Patrol Vessel dan RM9 Billion untuk projek Littoral Combat Ship dan berbillion lagi projek semuanya di Lumut, Perak.

Mengapa tidak RM5 Billion pembinaan kapal kapal induk APMM di Terengganu yg setiap satu cuma bernilai antara RM200-300 juta sebuah. Bukan RM1 Billion sebuah!

Kerajaan tentukan entiti mana, pegang ekuiti, tidak kira Khazanah atau Permodalan Nasional Berhad (PNB). Negeri mungkin boleh turut memegang ekuiti. Ini yang akan memacu industri logistik maritim yang begitu banyak peluang terlepas ke negara asing khususnya dalam perkhidmatan carigali dan pengeluaran petroleum di perairan Terengganu.

Sesuatu yang bersifat ‘massive development shift’ perlu dibuat jika mahu membina excitement pelaburan, dan sentimen pembangunan yang rancak.

Jika Pangerang di Johor muncul dengan RAPID yang menelan hampir ratusan billion ringgit pelaburannya, seperti Pulau Pinang dan Singapura dengan rancangan masing-masing, tidak salah jika kita orang Terengganu mula memikirkan perkara besar yang boleh mengubah jiwa kita semua supaya turut berjiwa besar dan bercita-cita besar untuk tanah air kita.

Ya, ini mungkin angan-angan tapi jika kita sama usahakan, ia akan menjadi satu wawasan. Insya-Allah !

YB Hj Ahmad Amzad Hashim
Ahli Parlimen PAS Kawasan Kuala Terengganu

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


Comments

Popular posts from this blog

Biodata : Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim

Nama Penuh:  DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM  ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Amzad_Hashim ) Emel: amzadhashim@yahoo.com  Alamat Pejabat:   PT 4006, Tingkat 1 Blok B, Perkedaian Ladang Tok Pelam, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu Tempat Lahir: Kuala Terengganu Nama Pasangan:  Datin Dr Nur Diana Binti Ahmad Takri Bilangan Anak: 9 Orang PENDIDIKAN Sekolah Menengah: Sekolah Sultan Mahmud,  Kuala Terengganu (SESMA)  Tahun: 1983-1987 Universiti: Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun: 1995 Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian 2 Atas ) Pengalaman Kerja: 1. Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd 2. Pengerusi Sukma Samudera Sdn Bhd,  3. Pengerusi KSB Supply Services Sdn Bhd 4. Pengerusi EPIC Properties Sdn Bhd. 5. Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation EPIC Bhd. 6. Pengarah Jasa Merin Sdn Bhd 7. Pengar...

Ceramah di UDM Limau Kasturi, PRK DUN Nenggiri

Full house. Penuh dalam khemah dan melimpah hingga ke luar. Ini isyarat jelas bahawa rakyat dalam UDM Limau Kasturi khususnya dan DUN Neggiri amnya sudah bersedia untuk membenamkan calon BN. Apa yang uniknya ceramah malam tadi turut diselangi dengan persembahan dikir barat yang sangat mempersona. InsyaAllah DUN Nenggiri milik Perikatan Nasional!!!!

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐮 𝐄-𝐈𝐧𝐯𝐨𝐢𝐬 𝐋𝐇𝐃𝐍

  𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐮 𝐄-𝐈𝐧𝐯𝐨𝐢𝐬 𝐋𝐇𝐃𝐍 Saya ingin menyatakan kebimbangan yang disuarakan oleh rakyat kepada saya terhadap isu pelaksanaan sistem e-invois yang sedang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Isu ini adalah isu besar, bukan sahaja akan memberi kesan besar kepada syarikat-syarikat besar, tetapi juga kepada usahawan kecil dan sederhana serta peniaga-peniaga kecil di seluruh negara. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia melalui LHDN telah memperkenalkan sistem E-INVOIS, sebuah inisiatif yang dikatakan membawa sistem percukaian yang lebih telus dan efisien. Sistem ini akan mula berkuatkuasa secara berperingkat bermula 1 Ogos 2024 (untuk syarikat berpendapatan lebih RM100 juta), kemudian 1 Januari 2025 (untuk syarikat berpendapatan RM25 Juta hingga RM 100 Juta) dan menyasarkan untuk merangkumi semua perniagaan menjelang 1 Julai 2025.  E-invois ini dikat...