Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ

AHLI Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim yang pertama kali menganggotai Kabinet berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik selepas dilantik menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau yang berganding dengan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai menteri yakin dapat bekerjasama dengan baik dalam meneruskan hala tuju kementerian itu dalam memperkasa bidang sains, teknologi dan inovasi di negara ini. “Saya difahamkan senarai nama (calon Kabinet) diberikan kepemimpinan PAS kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun keputusan sepenuhnya terletak kepada Perdana Menteri. “Pertama kali, terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepada saya dan akan cuba berusaha melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini. Ketika diminta mengulas mengenai gandingan bersama Khairy, Ahmad Amzad berkata, beliau selesa bekerjasama dengan Ahli Parlimen Rembau itu meman

Biodata Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi

Nama Penuh:  DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM  ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Amzad_Hashim ) Emel: amzadhashim@yahoo.com  Alamat Pejabat:   PT 4006, Tingkat 1 Blok B, Perkedaian Ladang Tok Pelam, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu Tempat Lahir: Kuala Terengganu Nama Pasangan:  Datin Dr Nur Diana Binti Ahmad Takri Bilangan Anak: 9 Orang PENDIDIKAN Sekolah Menengah: Sekolah Sultan Mahmud,  Kuala Terengganu (SESMA)  Tahun: 1983-1987 Universiti: Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun: 1995 Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian 2 Atas ) Pengalaman Kerja: 1. Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd 2. Pengerusi Sukma Samudera Sdn Bhd,  3. Pengerusi KSB Supply Services Sdn Bhd 4. Pengerusi EPIC Properties Sdn Bhd. 5. Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation EPIC Bhd. 6. Pengarah Jasa Merin Sdn Bhd 7. Pengarah Eksekutif  CRUCIAL MALAYSIA SDN. BHD.  (2007