Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Timbalan Menteri MOSTI Sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

DAULAT TUANKU Patik merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H. Patik dengan rendah diri mendoakan semoga K DYMM Tuanku akan diberi kerahmatan dan keberkatan untuk terus kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua. Patik juga sentiasa mendoakan agar KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan, kasih sayang dan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya dunia bes

KERJASAMA POLITIK PAS, BN DAN PPBM SEDIA HADAPI PRU 15

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menegaskan bahawa kerjasama politik terutamanya bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin mantap sekaligus berjaya memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional yang menjadi ‘kerajaan hari ini (government of the day). Tanpa menghiraukan segala spekulasi pihak Pembangkang yang hanya berupa perang psikologi semata-mata, PAS akan terus sama-sa ma komited mendukung dan mempertahankan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin bersama barisan kabinetnya yang terdiri dari semua Parti-parti anggota. 2. Adalah suatu fakta yang jelas bahawa kerjasama politik antara PAS dengan BN, khususnya UMNO, telah dimuktamadkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman pada 14 September 2019 sekaligus membentuk Muafakat Nasional (MN). Manakala kerjasama sehingga terbentuknya Kerajaan Persekutuan ekoran kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 29 Februari 2020, diikuti pemeteraian