Skip to main content

Tahniah kepada Penerima Darjah Kebesaran Wilayah Persekutuan 2021

 Seramai lima menteri dan sembilan timbalan menteri menerima darjah kebesaran sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini.

Mendahului senarai adalah Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dianugerahkan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW), yang membawa gelaran "Datuk Seri Utama".

Manakala Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW), yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Menteri Pendidikan, Radzi Jidin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pula menerima Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran "Datuk".




Sembilan timbalan menteri yang menerima darjah kebesaran adalah seperti berikut:

1. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Santhara Kumar

2. Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju

3. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin

4. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mastura Mohd Yazid

5. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah

6. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup

7. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary

8. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim

9. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim

Kecuali Santhara yang dianugerahkan SMW, timbalan menteri lain menerima Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Turut menerima SUMW ialah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam; isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan dan Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo pula menerima Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Johan Mahkota Wilayah (JMW).

Mereka merupakan antara 335 orang hari ini yang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.


Comments

Popular posts from this blog

Biodata : Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim

Nama Penuh:  DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM  ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Amzad_Hashim ) Emel: amzadhashim@yahoo.com  Alamat Pejabat:   PT 4006, Tingkat 1 Blok B, Perkedaian Ladang Tok Pelam, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu Tempat Lahir: Kuala Terengganu Nama Pasangan:  Datin Dr Nur Diana Binti Ahmad Takri Bilangan Anak: 9 Orang PENDIDIKAN Sekolah Menengah: Sekolah Sultan Mahmud,  Kuala Terengganu (SESMA)  Tahun: 1983-1987 Universiti: Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun: 1995 Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian 2 Atas ) Pengalaman Kerja: 1. Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd 2. Pengerusi Sukma Samudera Sdn Bhd,  3. Pengerusi KSB Supply Services Sdn Bhd 4. Pengerusi EPIC Properties Sdn Bhd. 5. Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation EPIC Bhd. 6. Pengarah Jasa Merin Sdn Bhd 7. Pengar...

๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐๐ข๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ฌ๐ฎ ๐„-๐ˆ๐ง๐ฏ๐จ๐ข๐ฌ ๐‹๐‡๐ƒ๐

  ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐๐ข๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ฌ๐ฎ ๐„-๐ˆ๐ง๐ฏ๐จ๐ข๐ฌ ๐‹๐‡๐ƒ๐ Saya ingin menyatakan kebimbangan yang disuarakan oleh rakyat kepada saya terhadap isu pelaksanaan sistem e-invois yang sedang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Isu ini adalah isu besar, bukan sahaja akan memberi kesan besar kepada syarikat-syarikat besar, tetapi juga kepada usahawan kecil dan sederhana serta peniaga-peniaga kecil di seluruh negara. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia melalui LHDN telah memperkenalkan sistem E-INVOIS, sebuah inisiatif yang dikatakan membawa sistem percukaian yang lebih telus dan efisien. Sistem ini akan mula berkuatkuasa secara berperingkat bermula 1 Ogos 2024 (untuk syarikat berpendapatan lebih RM100 juta), kemudian 1 Januari 2025 (untuk syarikat berpendapatan RM25 Juta hingga RM 100 Juta) dan menyasarkan untuk merangkumi semua perniagaan menjelang 1 Julai 2025.  E-invois ini dikat...

Ceramah di UDM Limau Kasturi, PRK DUN Nenggiri

Full house. Penuh dalam khemah dan melimpah hingga ke luar. Ini isyarat jelas bahawa rakyat dalam UDM Limau Kasturi khususnya dan DUN Neggiri amnya sudah bersedia untuk membenamkan calon BN. Apa yang uniknya ceramah malam tadi turut diselangi dengan persembahan dikir barat yang sangat mempersona. InsyaAllah DUN Nenggiri milik Perikatan Nasional!!!!