HARI ini, 31 Januari: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Kuala Terengganu, yang membuka Pusat Pengumpulan Barangan dan Sumbangan untuk diagihkan kepada golongan terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, menerima sumbangan barangan daripada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pemilik Pacuan Empat Roda Kuala Terengganu (LASAK), telah menyerahkan sejumlah barangan keperluan dapur di Pejabat PKM Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Sumbangan itu diserahkan oleh Pengerusi LASAK, Mohd Azrin Mohd Aris kepada Setiausaha Pejabat PKM Ahli Parlimennya, Muhamad Safwan Ghani dan disaksikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Syed Ali Al-Idrus.
Antara barangan yang disumbangkan seperti 280 pax bihun, 280 kilogram tepung gandum, 280 kilogram gula dan 200 botol minyak masak (1 kilogram).
#PATUHI SOP, KITA JAGA KITA#
|| Media Parlimen Kuala Terengganu ||
Comments
Post a Comment