Skip to main content

Posts

Salam Ramahdan iii

  اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ ِللهِ الَّØ°ِÙŠْ Ø£َØ·ْعَÙ…َÙ†َا ÙˆَسَÙ‚َانَا ÙˆَجَعَÙ„َÙ†َا Ù…ِÙ†َ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِÙŠْÙ†َ Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim. ............ Zahirkan tanda syukur kepada Allah dengan memperbanyakkan puji-pujian kepada Allah SWT. Dia yang berikan rezeki. Dia yang berikan nikmat rasa. Dia yang berikan nikmat kenyang. Pada Dia segalanya. #DHAH    
Recent posts

Salam Ramadhan ii

  Ketibaan Ramadhan dinantikan. Ramai yang menzahirkan perkara tersebut. Namun tak banyak pengajaran yang dapat kita kutip andai tiada persediaan menghadapinya. Sebagai contoh berapa banyak pembaziran berlaku saat berbuka puasa. Dalam pada masa yang sama masih ada lagi yang berbuka dengan juadah yang tidak sempurna. Ayuh jadikan Ramadhan kali ini madrasah meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT serta kasih sayang sesama manusia. ........ Selamat berbuka puasa semua.. #DHAH    

Salam Ramadhan

 Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) ........ Assalamualaikum wbt. Didoakan agar semua dalam keadaan sihat walafiat hendakNya. Semoga kita masih bersemangat melakukan amal ibadah di bulan yang penuh barokah ini. ......... Semalam saya buat ujian Covid-19 , sudah beberapa hari kesihatan agak kurang baik. Batuk , selesema. Alhamdulillah keputusan ujian negatif. Petang ini saya gagahkan diri untuk berjumpa dengan Pegawai Khas saya, Syed Ali Al Idrus. Katanya ada dokumen-dokumen yang memerlukan perhatian dari saya. Satu persatu permohonan saya baca dan semak. Alhamdulillah lebih 300 permohonan pelbagai kategori termasuklah bantuan perniagaan, bantuan pelajaran, bantuan pesakit kronik dan lain-lain lagi telah diluluskan pada petang ini. Turut diluluskan sebanyak tiga (3) permohonan bagi m

Aduan Rakyat ii

  Semalam telah diadakan lawatan ke Tapak Cadangan Projek yang akan dilaksanakan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kawasan-kawasan yang terlibat meliputi kawasan di DUN Bandar, DUN Batu Buruk, DUN Ladang dan DUN Wakaf Mempelam dengan jumlah peruntukan hampir RM 500,000.00. Peruntukan ini merupakan usaha Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim melalui Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Semoga projek-projek rakyat ini dapat disiapkan serta memberi manfaat kepada penduduk yang terlibat. #DHAH #ParlimenKT #TerengganuMajuBerkatSejahtera    

Aduan Rakyat

  Alhamdulillah. Pada 6 April saya terima aduan masalah gangguan bekalan air di Taman Desa Tanjung Indah yg katanya sudah 3 tahun. Segera saya hubungi Tn Hj Abdul Karim, CEO SATU meminta siasat dan atasi masalah. Hari ini saya dimaklumkan usaha pembaikan sudah dimulakan. " Kita dapati berlaku airlock..kerja2 scouring sedang dijalankan ditapak. Tekanan slps PRV 10m. taman desa tanjung indah, jln pasir panjang sepatutnya dah dpt bekalan stable & baik" Dan saya dapat pengesahan bahawa tekanan air sudah lebih baik mulai semalam. Saya ingin ucapkan syabas dan terima kasih kepada CEO SATU dan team SATU. Setakat ini banyak kali saya kemukakan masalah, kerjasama yg amat baik. Sekalipun saya faham bukan semua masalah dapat diselesaikan dengan segera. Kita hadapi cabaran besar. Paip paip dan peralatan yg usang yg usia guna sepatutnya diganti selepas 20 tahun. Ini banyak yg sudah sehingga 30 tahun... Saya telah pernah ditaklimatkan masalah ini ketika kunjungan mengejut saya di loji

Sekitar PRN Melaka

  Lokasi seterusnya, YB Datuk Hj Ahmad Amzad Hashim menuju ke N09 Durian Tunggal bertemu calon Perikatan Nasional ( PN ) dari Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ) untuk sesi rakaman Sembang Santai PRN Melaka bersama Calon N09 Durian Tunggal yang dimoderatorkan oleh YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim sendiri. Beliau ialah Ja'afar Bin Othman, anak jati kelahiran Durian Tunggal. Merupakan Pengarah Urusan bagi sebuah syarikat perunding keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang banyak memfokuskan penaksiran risiko kimia. Lulusan Ijazah Sains Gunaan Kimia Analisis, Universiti Sains Malaysia ( USM ) Di dalam masyarakat, beliau sangat dekat dengan institusi masjid dan surau serta masih menjadi AJK Surau Al-Ehsan Bukit Tambun dan AJK Masjid An-Naim Durian Tunggal sehingga kini. InsyaAllah, Perikatan Nasional ( PN ) menawarkan calon-calon yang berwibawa, berintergriti dan berkebolehan dalam pelbagai bidang pada Pilihanraya Negeri Melaka kali ini. Undilah Perikatan Nasional ( PN ) Rakaman Sembang San

Kepimpinan PAS 2021 - 2023

  KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA KERJA PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) SESI 2021 - 2023 Naib Presiden Idris Haji Ahmad, YB Senator Ustaz Haji (1,164 undi) Mohd Amar Abdullah, YB Ustaz Dato’ Haji (956) Ahmad Samsuri Mokhtar, YAB. Dato’ Seri Dr. Haji (778) Mohd Zuhdi Marzuki, Dr. Haji (623) Ahli Jawatankuasa Muhammad Khalil Abdul Hadi, YB. Ustaz Haji (884) Muhammad Sanusi Md Nor, YAB. Haji (877) Kamaruzaman Mohamad (872) Khairil Nizam Khirudin, YB Senator Ir. Ts. Haji (844) Riduan Mohd Nor, Dr. Haji (841) Iskandar Abdul Samad, Dato’ Haji (822) Halimah Ali, Dr. Hajjah (774) Mohamad Fadzli Hassan, YB Dato’ Dr. Haji (736) Marzuk Shaari, YB Datuk Ustaz Haji (707) Mohd Nassuruddin Daud, YB. Dato’ Panglima Perang Haji (706) Najihatussalehah Ahmad, Dr. Hajjah (695) Siti Zailah Mohd Yusof, YB. Dato’ Hajjah (688) Azman Ibrahim, YB. Dr. Haji (679) Nasrudin Hassan Tantawi, Ustaz Haji (645) Amzad Hashim, YB Datuk (615) Ali Akbar Gulasan, YB Dr (613) Mahfodz Mohamed, Dato’ Ustaz Dr. Haji (609) Ro