Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Bantuan Keperluan Asas Parlimen Kuala Terengganu

Data agihan Bantuan Keperluan Asas Parlimen Kuala Terengganu sehingga hari ini 14 April 2020. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dalam melaksanakan tugasan dalam musim penularan wabak pandemik Covid-19 ini. Teruskan berdoa. #Covid19   #KitaMestiMenang #KualaTerengganuSejahtera || Media Parlimen Kuala Terengganu ||

Penyerahan Makanan Segera dan Minuman Kepada petugas keselamatan sekitar terengganu oleh penaung PTCM Terengganu

12 April 2020 | Ahad Majlis Penyerahan Makanan Segera dan Minuman kepada petugas-petugas keselamatan di sekitar Parlimen Kuala Terengganu disempurnakan oleh YB Haji Ahmad Amzad Hashim, Penaung Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) Cawangan Negeri Terengganu, yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Turut serta ialah St af Marshal Mejar (Kehormat) Dato’ Seri Dr. Haji Abd. Nasir bin Mohd Noor (Timbalan Ketua Turus Utama PTCM Malaysia). PTCM merupakan sebuah badan penggerak sukarela (third force) dan agensi pemantau dalam memberi khidmat bantuan kemasyarakatan dan kecemasan ketika bencana. Pasukan ini telah ditubuhkan semenjak tahun 1988 dibawah Akta Syarikat sebagai Badan Korporat dan Lembaga Amanah Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (LAPTCM). Ia didaftarkan dan diletakkan hak dibawah Akta 258 Pemerbadanan Pemegang Amanah 1952 (semakan 1981) (pindaan 2004) pada 21 Januari 1998 di bawah pengawasan Unit Keselamat

AS rekod kes kematian harian tertinggi di dunia

WASHINGTON - Amerika Syarikat menjadi negara pertama di dunia yang merekodkan lebih daripada 2,000 kematian koronavirus dalam satu hari.  Data daripada Johns Hopkins University menunjukkan 2,108 orang meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu sementara terdapat lebih daripada setengah juta orang disahkan dijangkiti wabak itu.  Amerika Syarikat telah mengatasi kes kematian di Itali. Tetapi pakar Pasukan Petugas Covid-19 White House mengatakan wabak itu mula menyerang di seluruh negara itu semakin stabil. Dr Deborah Birx berkata, ada tanda-tanda yang baik bahawa wabak itu semakin dikawal. Namun, beliau memberi amaran bahawa Amerika Syarikat masih belum mencapai tahap kemuncak penularan virus itu. Presiden Donald Trump berkata, negara itu merekodkan angka kematian yang lebih rendah daripada ramalan awal iaitu 100,000. Katanya: “Kami melihat tanda-tanda jelas strategi agresif kami dalam menyelamatkan nyawa yang tidak terkira banyaknya”. – MalaysiaGazette

Proses Nyahkuman Disinfeksi Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu

Pagi tadi selesai wawancara langsung dengan Astro Awani , saya telah ke Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu untuk melihat sendiri dengan lebih dekat proses nyahkuman , disinfeksi yang dilaksanakan oleh anggota anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Hari ini, program yg sama berlangsung di pasar pasar utama di seluruh negeri Terengganu. Dalam ucapan saya menyatakan penghargaan kerajaan dan rasa terima kasih rakyat di atas pengorbanan dan usaha gigih semua pihak dalam bersama kerajaan mengawal pandemic Covid19. Saya memberi jaminan kerajaan sedang berusaha menjaga kebajikan semua dan dengan kerjasama semua pihak pandemic Covid19 akan dapat segera diatasi.

Perutusan PM 10 April 2020 - 4 Petang

Adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan atau tamat pada 14 April ini? Tunggu Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pukul 4 petang ini

10 April - MP Kuala Terengganu di Astro Awani

Pagi ini dapat laporan, petang sudah dapat bantuan. Itu peranan yang dijalankan Majlis Pembangunan Komuniti Kampung di Parlimen Kuala Terengganu bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan ketika pelaksanaan PKP. Kadar respon yang cepat itu akan melalui proses penyiasatan terlebih dahulu, sebelum bantuan asas diberikan. Ikuti penjelasan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamed ini! https://www.facebook.com/astroawani/videos/654336962020040/?t=268 Sektor pelancongan dan perusahaan kecil sederhana seperti kerpok lekor, penghasilan songket, batik dan kraftangan terjejas terutama di Kuala Terengganu. Namun dengan pengumuman Bantuan Prihatin Nasional yang diumumkan kerajaan ia sedikit sebanyak melegakan pengusaha sektor ini. Dan di peringkat Kuala Terengganu sendiri, ada inisiatif sendiri yang diambil oleh mereka. Ikuti penjelasan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamed ini! https://www.facebook.com/astroawani/videos/264785281199773/?t=8

Bersama Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim di Astro Awani - Realiti Rakyat

Anda tidak berseorangan dalam menghadapi waktu getir ini. Kami di Astro AWANI membawakan ‘Realiti Rakyat’, tumpuan khas yang mengangkat suara rakyat dan realiti kehidupan mereka akibat  #COVID19 . Ceritakan apa kesukaran dan masalah anda kepada kami dan kami ajukan kepada pemimpin anda. Bagi penduduk di Parlimen Kluang dan Parlimen Kuala Terengganu, kami bawakan wakil rakyat anda esok (Jumaat) j am 8.30 pagi. COVID-19 tidak akan melemahkan kita, jika kita bersama-sama menghadapinya. #SihatkanMalaysia   #HapusCOVID19

PKP: Tindakan tepat batal pengecualian kilang arak - Timbalan Menteri

Ahmad Amzad (kanan) berbincang dengan Rosol ketika mengadakan lawatan ke KPDNHEP di Putrajaya hari ini. Foto MOSTI PUTRAJAYA : Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ahmad Amzad Hashim memuji langkah diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung isu operasi kilang arak baru-baru ini. Katanya, tindakan membatalkan pengecualian yang diberi kepada syarikat minuman keras itu perlu diambil kerana tidak ada kebaikan dalam membenarkan kilang tersebut beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. "Arak secara saintifiknya tidak baik untuk kesihatan manusia. "Pertubuhan Kesihatan Sedunia di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mencatatkan alkohol sebagai ' a toxic and psychoactive substance with dependence producing properties '. "Kerana itu, keputusan membatalkan kelulusan operasi kilang arak sepanjang PKP ini adalah tepat," kata Ahmad Amzad kepada media hari ini, selepas mengadakan lawa

Add & Sebarkan

YB Tuan Haji Ahmad Amzad Bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi. Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Ikuti YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim di : > Telegram https://t.me/ahmadamzadhashim > Facebook ; https://www.facebook.com/HajiAmzadKualaTerengganu/ > Instagram; https://www.instagram.com/hajiamzad > Twitter; https://twitter.com/HajiAmzad > ✅Like   ✅Follow

Salam Nisfu Sya'ban

Salam Nisfu Syaaban 1441H diucapkan kepada muslimin dan muslimat sekalian. Panjatkanlah doa agar ujian penularan COVID-19 yang sedang kita hadapi ini segera berakhir. Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim MP Kuala Terengganu Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) #MPKualaTerengganu #TerengganuBersih # KitaMestiMenang # kerajaanprihatin # putuskanrantaiancovid19 # breakthechain

Biodata : Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim

Nama Penuh:  DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM  ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Amzad_Hashim ) Emel: amzadhashim@yahoo.com  Alamat Pejabat:   PT 4006, Tingkat 1 Blok B, Perkedaian Ladang Tok Pelam, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu Tempat Lahir: Kuala Terengganu Nama Pasangan:  Datin Dr Nur Diana Binti Ahmad Takri Bilangan Anak: 9 Orang PENDIDIKAN Sekolah Menengah: Sekolah Sultan Mahmud,  Kuala Terengganu (SESMA)  Tahun: 1983-1987 Universiti: Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun: 1995 Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian 2 Atas ) Pengalaman Kerja: 1. Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd 2. Pengerusi Sukma Samudera Sdn Bhd,  3. Pengerusi KSB Supply Services Sdn Bhd 4. Pengerusi EPIC Properties Sdn Bhd. 5. Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation EPIC Bhd. 6. Pengarah Jasa Merin Sdn Bhd 7. Pengarah Eksekutif  CRUCIAL MALAYSIA SDN. BHD.  (2