Skip to main content

Timbalan Menteri MOSTI Sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

DAULAT TUANKU

Patik merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H.

Patik dengan rendah diri mendoakan semoga KDYMM Tuanku akan diberi kerahmatan dan keberkatan untuk terus kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua.

Patik juga sentiasa mendoakan agar KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan, kasih sayang dan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya dunia beserta akhirat yang kekal abadi.

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.

Menjunjung kasih Tuanku.

YB Haji Ahmad Amzad Bin Hashim,
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
8 Jun 2020.


Comments

Popular posts from this blog

Biodata : Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim

Nama Penuh:  DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM  ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Amzad_Hashim ) Emel: amzadhashim@yahoo.com  Alamat Pejabat:   PT 4006, Tingkat 1 Blok B, Perkedaian Ladang Tok Pelam, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu Tempat Lahir: Kuala Terengganu Nama Pasangan:  Datin Dr Nur Diana Binti Ahmad Takri Bilangan Anak: 9 Orang PENDIDIKAN Sekolah Menengah: Sekolah Sultan Mahmud,  Kuala Terengganu (SESMA)  Tahun: 1983-1987 Universiti: Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun: 1995 Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian 2 Atas ) Pengalaman Kerja: 1. Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd 2. Pengerusi Sukma Samudera Sdn Bhd,  3. Pengerusi KSB Supply Services Sdn Bhd 4. Pengerusi EPIC Properties Sdn Bhd. 5. Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation EPIC Bhd. 6. Pengarah Jasa Merin Sdn Bhd 7. Pengar...

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐮 𝐄-𝐈𝐧𝐯𝐨𝐢𝐬 𝐋𝐇𝐃𝐍

  𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐮 𝐄-𝐈𝐧𝐯𝐨𝐢𝐬 𝐋𝐇𝐃𝐍 Saya ingin menyatakan kebimbangan yang disuarakan oleh rakyat kepada saya terhadap isu pelaksanaan sistem e-invois yang sedang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Isu ini adalah isu besar, bukan sahaja akan memberi kesan besar kepada syarikat-syarikat besar, tetapi juga kepada usahawan kecil dan sederhana serta peniaga-peniaga kecil di seluruh negara. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia melalui LHDN telah memperkenalkan sistem E-INVOIS, sebuah inisiatif yang dikatakan membawa sistem percukaian yang lebih telus dan efisien. Sistem ini akan mula berkuatkuasa secara berperingkat bermula 1 Ogos 2024 (untuk syarikat berpendapatan lebih RM100 juta), kemudian 1 Januari 2025 (untuk syarikat berpendapatan RM25 Juta hingga RM 100 Juta) dan menyasarkan untuk merangkumi semua perniagaan menjelang 1 Julai 2025.  E-invois ini dikat...

Ceramah di UDM Limau Kasturi, PRK DUN Nenggiri

Full house. Penuh dalam khemah dan melimpah hingga ke luar. Ini isyarat jelas bahawa rakyat dalam UDM Limau Kasturi khususnya dan DUN Neggiri amnya sudah bersedia untuk membenamkan calon BN. Apa yang uniknya ceramah malam tadi turut diselangi dengan persembahan dikir barat yang sangat mempersona. InsyaAllah DUN Nenggiri milik Perikatan Nasional!!!!