Skip to main content

Penyerahan Makanan Segera dan Minuman Kepada petugas keselamatan sekitar terengganu oleh penaung PTCM Terengganu


12 April 2020 | Ahad

Majlis Penyerahan Makanan Segera dan Minuman kepada petugas-petugas keselamatan di sekitar Parlimen Kuala Terengganu disempurnakan oleh YB Haji Ahmad Amzad Hashim, Penaung Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) Cawangan Negeri Terengganu, yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Turut serta ialah Staf Marshal Mejar (Kehormat) Dato’ Seri Dr. Haji Abd. Nasir bin Mohd Noor (Timbalan Ketua Turus Utama PTCM Malaysia).

PTCM merupakan sebuah badan penggerak sukarela (third force) dan agensi pemantau dalam memberi khidmat bantuan kemasyarakatan dan kecemasan ketika bencana. Pasukan ini telah ditubuhkan semenjak tahun 1988 dibawah Akta Syarikat sebagai Badan Korporat dan Lembaga Amanah Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (LAPTCM).

Ia didaftarkan dan diletakkan hak dibawah Akta 258 Pemerbadanan Pemegang Amanah 1952 (semakan 1981) (pindaan 2004) pada 21 Januari 1998 di bawah pengawasan Unit Keselamatan Jabatan Perdana Menteri di dalam perkara (7)-BHEUU(5)002/2/229 (LAPTCM).

Selain itu, PTCM juga adalah sebuah pasukan penyelamat kebangsaan yang juga terlibat dalam operasi menyelamat, bencana alam, kemalangan jalanraya, kebakaran, kehilangan orang di laut, darat dan sungai, pasukan pengawas pantai, unit trafik dan keselamatan jalanraya serta skuad penyelamat khas.

Semoga dengan kerjasama daripada ‘third-force’ sebegini, secara tidak langsung dapat membantu memaksimakan kecekapan tugas dan tanggungjawab oleh Kerajaan Malaysia terhadap rakyat.

#KualaTerengganuSejahtera
#MalaysiaSejahtera

Comments

Popular posts from this blog

Biodata : Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim

Nama Penuh:  DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM  ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Amzad_Hashim ) Emel: amzadhashim@yahoo.com  Alamat Pejabat:   PT 4006, Tingkat 1 Blok B, Perkedaian Ladang Tok Pelam, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu Tempat Lahir: Kuala Terengganu Nama Pasangan:  Datin Dr Nur Diana Binti Ahmad Takri Bilangan Anak: 9 Orang PENDIDIKAN Sekolah Menengah: Sekolah Sultan Mahmud,  Kuala Terengganu (SESMA)  Tahun: 1983-1987 Universiti: Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun: 1995 Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian 2 Atas ) Pengalaman Kerja: 1. Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd 2. Pengerusi Sukma Samudera Sdn Bhd,  3. Pengerusi KSB Supply Services Sdn Bhd 4. Pengerusi EPIC Properties Sdn Bhd. 5. Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation EPIC Bhd. 6. Pengarah Jasa Merin Sdn Bhd 7. Pengar...

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐮 𝐄-𝐈𝐧𝐯𝐨𝐢𝐬 𝐋𝐇𝐃𝐍

  𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐮 𝐄-𝐈𝐧𝐯𝐨𝐢𝐬 𝐋𝐇𝐃𝐍 Saya ingin menyatakan kebimbangan yang disuarakan oleh rakyat kepada saya terhadap isu pelaksanaan sistem e-invois yang sedang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Isu ini adalah isu besar, bukan sahaja akan memberi kesan besar kepada syarikat-syarikat besar, tetapi juga kepada usahawan kecil dan sederhana serta peniaga-peniaga kecil di seluruh negara. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia melalui LHDN telah memperkenalkan sistem E-INVOIS, sebuah inisiatif yang dikatakan membawa sistem percukaian yang lebih telus dan efisien. Sistem ini akan mula berkuatkuasa secara berperingkat bermula 1 Ogos 2024 (untuk syarikat berpendapatan lebih RM100 juta), kemudian 1 Januari 2025 (untuk syarikat berpendapatan RM25 Juta hingga RM 100 Juta) dan menyasarkan untuk merangkumi semua perniagaan menjelang 1 Julai 2025.  E-invois ini dikat...

Ceramah di UDM Limau Kasturi, PRK DUN Nenggiri

Full house. Penuh dalam khemah dan melimpah hingga ke luar. Ini isyarat jelas bahawa rakyat dalam UDM Limau Kasturi khususnya dan DUN Neggiri amnya sudah bersedia untuk membenamkan calon BN. Apa yang uniknya ceramah malam tadi turut diselangi dengan persembahan dikir barat yang sangat mempersona. InsyaAllah DUN Nenggiri milik Perikatan Nasional!!!!