Skip to main content

Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ

KHAIRY (kiri) bakal berganding mahu bersama Ahmad Amzad Hashim. FOTO NSTP

AHLI Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim yang pertama kali menganggotai Kabinet berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik selepas dilantik menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Beliau yang berganding dengan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai menteri yakin dapat bekerjasama dengan baik dalam meneruskan hala tuju kementerian itu dalam memperkasa bidang sains, teknologi dan inovasi di negara ini.
“Saya difahamkan senarai nama (calon Kabinet) diberikan kepemimpinan PAS kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun keputusan sepenuhnya terletak kepada Perdana Menteri.
“Pertama kali, terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepada saya dan akan cuba berusaha melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini.
Ketika diminta mengulas mengenai gandingan bersama Khairy, Ahmad Amzad berkata, beliau selesa bekerjasama dengan Ahli Parlimen Rembau itu memandangkan mereka sudah banyak bekerjasama ketika di Parlimen sebelum ini.
“Insya-Allah, saya banyak bekerjasama dengan beliau di Parlimen dan saya selesa bekerja dengan beliau.
“Malah, saya tidak sabar menimba pengalaman dengan beliau yang sememangnya lebih banyak pengalaman berbanding saya.
“Mengenai kementerian dipertanggungjawabkan, ia bukan bidang asing kerana sebelum ini, saya sudah ada pengalaman dalam bidang ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Biodata : Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim

Nama Penuh:  DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM  ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Amzad_Hashim ) Emel: amzadhashim@yahoo.com  Alamat Pejabat:   PT 4006, Tingkat 1 Blok B, Perkedaian Ladang Tok Pelam, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu Tempat Lahir: Kuala Terengganu Nama Pasangan:  Datin Dr Nur Diana Binti Ahmad Takri Bilangan Anak: 9 Orang PENDIDIKAN Sekolah Menengah: Sekolah Sultan Mahmud,  Kuala Terengganu (SESMA)  Tahun: 1983-1987 Universiti: Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun: 1995 Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian 2 Atas ) Pengalaman Kerja: 1. Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd 2. Pengerusi Sukma Samudera Sdn Bhd,  3. Pengerusi KSB Supply Services Sdn Bhd 4. Pengerusi EPIC Properties Sdn Bhd. 5. Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation EPIC Bhd. 6. Pengarah Jasa Merin Sdn Bhd 7. Pengar...

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐮 𝐄-𝐈𝐧𝐯𝐨𝐢𝐬 𝐋𝐇𝐃𝐍

  𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐮 𝐄-𝐈𝐧𝐯𝐨𝐢𝐬 𝐋𝐇𝐃𝐍 Saya ingin menyatakan kebimbangan yang disuarakan oleh rakyat kepada saya terhadap isu pelaksanaan sistem e-invois yang sedang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Isu ini adalah isu besar, bukan sahaja akan memberi kesan besar kepada syarikat-syarikat besar, tetapi juga kepada usahawan kecil dan sederhana serta peniaga-peniaga kecil di seluruh negara. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia melalui LHDN telah memperkenalkan sistem E-INVOIS, sebuah inisiatif yang dikatakan membawa sistem percukaian yang lebih telus dan efisien. Sistem ini akan mula berkuatkuasa secara berperingkat bermula 1 Ogos 2024 (untuk syarikat berpendapatan lebih RM100 juta), kemudian 1 Januari 2025 (untuk syarikat berpendapatan RM25 Juta hingga RM 100 Juta) dan menyasarkan untuk merangkumi semua perniagaan menjelang 1 Julai 2025.  E-invois ini dikat...

Ceramah di UDM Limau Kasturi, PRK DUN Nenggiri

Full house. Penuh dalam khemah dan melimpah hingga ke luar. Ini isyarat jelas bahawa rakyat dalam UDM Limau Kasturi khususnya dan DUN Neggiri amnya sudah bersedia untuk membenamkan calon BN. Apa yang uniknya ceramah malam tadi turut diselangi dengan persembahan dikir barat yang sangat mempersona. InsyaAllah DUN Nenggiri milik Perikatan Nasional!!!!