Skip to main content

Posts

Ceramah di UDM Limau Kasturi, PRK DUN Nenggiri

Full house. Penuh dalam khemah dan melimpah hingga ke luar. Ini isyarat jelas bahawa rakyat dalam UDM Limau Kasturi khususnya dan DUN Neggiri amnya sudah bersedia untuk membenamkan calon BN. Apa yang uniknya ceramah malam tadi turut diselangi dengan persembahan dikir barat yang sangat mempersona. InsyaAllah DUN Nenggiri milik Perikatan Nasional!!!!
Recent posts

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐮 𝐄-𝐈𝐧𝐯𝐨𝐢𝐬 𝐋𝐇𝐃𝐍

  𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐮 𝐄-𝐈𝐧𝐯𝐨𝐢𝐬 𝐋𝐇𝐃𝐍 Saya ingin menyatakan kebimbangan yang disuarakan oleh rakyat kepada saya terhadap isu pelaksanaan sistem e-invois yang sedang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Isu ini adalah isu besar, bukan sahaja akan memberi kesan besar kepada syarikat-syarikat besar, tetapi juga kepada usahawan kecil dan sederhana serta peniaga-peniaga kecil di seluruh negara. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia melalui LHDN telah memperkenalkan sistem E-INVOIS, sebuah inisiatif yang dikatakan membawa sistem percukaian yang lebih telus dan efisien. Sistem ini akan mula berkuatkuasa secara berperingkat bermula 1 Ogos 2024 (untuk syarikat berpendapatan lebih RM100 juta), kemudian 1 Januari 2025 (untuk syarikat berpendapatan RM25 Juta hingga RM 100 Juta) dan menyasarkan untuk merangkumi semua perniagaan menjelang 1 Julai 2025.  E-invois ini dikatakan bert

Sumbang RM 5,000.00 kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Daerah Kuala Terenggan

  Pagi tadi, YB Datuk mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Daerah Kuala Terengganu. PPKM diwakili oleh pengerusinya sendiri, Tuan Haji Abdullah bin Mamat dan setiausaha persatuan, YM Tengku Rosnani. PPKM yang kini telah mencecah keahlian seramai 1449 ahli itu, menjalankan aktiviti-aktiviti untuk pesara-pesara di kawasan Kuala Terengganu. Hari ini YB Datuk telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM 5,000.00 untuk perbelanjaan pengurusan pejabat, peralatan pejabat, program, serta bagi tujuan kebajikan ahli. Peranan persatuan-persatuan dan NGO seperti PPKM untuk menjadi denyut nadi kestabilan kerajaan dalam membekalkan idea-idea positif yang dijana melalui pengalaman lalu sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam, perlu diteruskan. Pengalaman-pengalaman ahli PPKM dalam pelbagai bidang ini, tidak kira perjawatan mereka sebagai pegawai takbir di peringkat federal atau negeri, badan berkanun atau guru adalah pengalaman-pengalaman

Salam Ramahdan iii

  اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim. ............ Zahirkan tanda syukur kepada Allah dengan memperbanyakkan puji-pujian kepada Allah SWT. Dia yang berikan rezeki. Dia yang berikan nikmat rasa. Dia yang berikan nikmat kenyang. Pada Dia segalanya. #DHAH    

Salam Ramadhan ii

  Ketibaan Ramadhan dinantikan. Ramai yang menzahirkan perkara tersebut. Namun tak banyak pengajaran yang dapat kita kutip andai tiada persediaan menghadapinya. Sebagai contoh berapa banyak pembaziran berlaku saat berbuka puasa. Dalam pada masa yang sama masih ada lagi yang berbuka dengan juadah yang tidak sempurna. Ayuh jadikan Ramadhan kali ini madrasah meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT serta kasih sayang sesama manusia. ........ Selamat berbuka puasa semua.. #DHAH    

Salam Ramadhan

 Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) ........ Assalamualaikum wbt. Didoakan agar semua dalam keadaan sihat walafiat hendakNya. Semoga kita masih bersemangat melakukan amal ibadah di bulan yang penuh barokah ini. ......... Semalam saya buat ujian Covid-19 , sudah beberapa hari kesihatan agak kurang baik. Batuk , selesema. Alhamdulillah keputusan ujian negatif. Petang ini saya gagahkan diri untuk berjumpa dengan Pegawai Khas saya, Syed Ali Al Idrus. Katanya ada dokumen-dokumen yang memerlukan perhatian dari saya. Satu persatu permohonan saya baca dan semak. Alhamdulillah lebih 300 permohonan pelbagai kategori termasuklah bantuan perniagaan, bantuan pelajaran, bantuan pesakit kronik dan lain-lain lagi telah diluluskan pada petang ini. Turut diluluskan sebanyak tiga (3) permohonan bagi m

Aduan Rakyat ii

  Semalam telah diadakan lawatan ke Tapak Cadangan Projek yang akan dilaksanakan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kawasan-kawasan yang terlibat meliputi kawasan di DUN Bandar, DUN Batu Buruk, DUN Ladang dan DUN Wakaf Mempelam dengan jumlah peruntukan hampir RM 500,000.00. Peruntukan ini merupakan usaha Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim melalui Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Semoga projek-projek rakyat ini dapat disiapkan serta memberi manfaat kepada penduduk yang terlibat. #DHAH #ParlimenKT #TerengganuMajuBerkatSejahtera